Sunday, December 23, 2012

Bertubi-tubi..Bertimpa-timpa!!


Hye semua! CikNa dah tak sabar nak tulis apa yang CikNa dapat bertimpa-timpa, bertubi-tubi hari ni. Tak sangka, tetamu bawa tuah. hehe.. Tak sia-sia la semalam terkejut dapat tahu ada orang nak datang. Last minit pun last minit la. Janji happy! Dah dua hari birthday CikNa berlalu, promosi ulang tahun CikNa pon baru je tengah suam-suam, dah nak dapat hadiah best. Eh, best sangat ke? Bagi CikNa best la sebab memang jarang pon dapat hadiah ke kek ke waktu birthday dari zaman sekolah sampai lah dah besar panjang. Nak buat macam mana, ulang tahun musim cuti sekolah panjang. Terima je lah.. 


First kejutan dari tetamu istimewa ni, CikNa nak ucapkan terima kasih sangat-sangat ye. Selepas tiga tahun, dapat jugak merasa kek pakcik ni bawak lagi untuk CikNa. Kecik ke besar ke mahal ke murah ke, itu belakang kira. Yang penting ikhlas! Erk, ikhlas ke pakcik? hehe.. Dapat makan kek blueberry pagi-pagi hari best jugak. Rezeki.. Pakcik ni memang baik hati pon. Suka la buat surprise-surprise ni tapi kadang-kadang banyak terkantoi jugak la. Well, ni CikNa ok? Bukan payah pon korek rahsia. Memang CikNa terharu sangat untuk kejutan ni. Sorry la wat muka tadi. Saje gurau-gurau. Eratkan silaturrahim katakan.. (^__^) Lain kali bagi lah lagi ye. CikNa memang tak pernah la buat kejutan birthday pakcik ni. Kejam kan? 


kek ni la CikNa dapat. nampak sedap kan? 


Tengah elok-elok CikNa borak-borak, uncle posmen datang. Ada surat untuk CikNa lor.. It's a birthday card! Tengok alamat pos dari Penang. Entah sape la ek? What a surprise! Classmate CikNa pon buat surprise. Hebat la. Kawan CikNa ni memang baik hati, suka tolong orang, rajin tak usah cakap la, pendek kata lulus semua segi nak buat suami. Rekomen ni.. Sape-sape nak, komen cepat. Dia ni pon memang la suka support CikNa. Senang tengok, dia lah first follower blog usang CikNa ni. hehe.. Amacam? Cukup supportive tak? Cepat isi borang!haha.. Sayangnya impian dia nak kad tu sampai hari birthday atau sebelum birthday dah tukar jadi selepas birthday. Terima kasih banyak kawan! 




kad dari my classmate! mekaseh acap!


hantar pakcik tetamu pulang..;)


Lepas semua dah selesai, tetamu pon dah balik, CikNa siap-siap cepat terus keluar setel urusan mak dan buat postage lagi! Of coz postage produk-produk yang CikNa jual. Nak tahu produk ape? Klik la HUSNA Beauty Collection. Alang-alang tengah promosi baik cop cepat-cepat! Oh ye, CikNa ada la join peraduan di Pos Malaysia ni, untung-untung dapat Pesona sebuah. Doakan la dapat ye! Boleh buat jalan-jalan.. hihi.. Okeylah, CikNa tinggalkan Bicara Hati CikNa ni dulu. Teruskan kesetiaan anda di sini yer!


Pesanan penaja : Join promosi hebat HUSNA Beauty Collection segera. InsyaAllah, sejumlah hasil keuntungan nanti, CikNa akan hantarkan ke tabung Gaza. Jom membeli sambil menderma. (^__^)




Sahabat yang baik apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya menambahkan takut kepada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan ALLAH.





Berbudi..Berbahasalah!


Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti 
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati 

petikan lirik lagu : Budi bahasa budaya kita-Siti Nurhaliza



Hye semua! Mula-mula entry dah nyanyi-nyanyi kan? Happy sangat ke CikNa hari ni? Oppss.. Salah andaian tu. CikNa sedikit sakit hati jiwa raga hari ni. Mood yang boleh tahan okey boleh shopping barang sekolah *sekolah ke?hehe...pon terganggu lepas peristiwa tu. Nasib baik benda ni jadi masa dah on the way balik rumah. Eh CikNa, ape yang jadi ni? Okey-okey meh CikNa story mory sikit.

Alkisah bermula... Masa on the way balik dari shopping sesikit, mak CikNa mintak la belikan roti Gardenia tu buat bekalan kat rumah. Yela, sebab roti kalau kat rumah ni dah macam makanan wajib kira makanan asasi jugak la. Amacam? Ada gaya omputih tak? Biar semua kelam pon! haha.. Okey-okey sambung balik. Dah kata nak beli roti, ada lah satu kedai yang boleh dipanggil kedai borong kat tepi jalan tu. Mak CikNa dah slow la nak amek side nak berhenti kat area kedai tu. Masa tu, CikNa nampak la ada 2 buah kereta tengah berusaha keras nak keluar dari kedai tu. 1 dah lepas, tinggal 1 lagi. Yang 1 ni memang lain macam, mak CikNa memang dah stop kereta, dan tak nak masuk pon dalam kawasan kedai tu. Kat luar sudah! CikNa pon dah standby nak turun dah. Tiba-tiba, boleh plak ada kereta langgar bahagian depan kereta mak CikNa! Seburuk-buruk kereta tu, baru lah jugak. Yang CikNa boleh panas tu, memang takde budi bahasa  la. Bukan budak-budak dah, pangkat makcik dah. Anaknye je yang turun ntah tingkatan berapa. Boleh tahan sedap jugak kata-kata anaknya.  Nasib baik tak teruk. Calar sikit. CikNa dah masuk kedai dah malas nak layan. Alih-alih adik CikNa cerita, makcik tu tak turun pon. Mak CikNa dah turun dah. Bukan nak mintak ganti rugi pon, kot ye pon bersalam la.. Kan sesama muslim. Mana nilai murni yang nak diterapkan anak muda kalau yang tua pon tunjuk contoh tak elok? Nauzubillah...

Nak dijadikan cerita, pakcik yang konon-konon nak tengok apa terjadi tu boleh plak mengata mak CikNa dalam pelan-pelan. "Dah tahu orang nak undur, masuk jugak kenapa". Lebih kurang ni la ayat dia. Adik CikNa je dengar. Kalau CikNa yang dengar, memang boleh jadi benda lain lak kat situ. Maaflah, awak memang tua dari kita, tapi awak nampak tak kereta kita tak masuk pon dalam kawasan tu, dan kereta tu dah dapat cukup space dah nk undur. Ada side mirror tak tengok, susah la. Pintu pon tak tutup rapat. Apa maksud tu? Tapi, entah kenapa CikNa rasa dah taknak dah stop kat kedai tu. Pakcik tu punye pasal ok? Bukan salah CikNa kan? Tak baik taw pakcik tuduh-tuduh kalau tak tahu pape.

Kesal sebenarnya. Ni bukan kali pertama la kena kat keluarga CikNa. Dulu pernah sekali. Teruk jugak. Pon orang yang langgar lari macam tu je. Yang ni dapat je kesan, taw je rumah kat mana, cuma malas nak panjangkan. Budak-budak gengster. Kang tak pasal-pasal jadi hal lain.

Kesal jugak lagi sebab masyarakat sekarang macam dah kurang budi bahasa. Tahu tak the power of "maaf"? Kalau makcik tu turun leklok, ucap maaf, bersalam. Mesti CikNa tak baran. Eh, tak baik "kalau-kalau". Kuasa Allah dah kan. Nak bagi kita belajar la tu. Tak semena-mena entry panjang kali ni. hehe.. 


Budi bahasa itu indah;)


Nanti, akak-akak, adik-adik, abang-abang, kawan-kawan dan makcik-pakcik yang baca ni, buat iktibar ye. CikNa takdelah nak burukkan sesapa, cuma nak share kisah hidup. Buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi.. Okey, sekian untuk hari ni. Berita ringkas dari CikNa! Hujan ribut la pulak. psst.. Baca doa tidur dulu baru tidur ok? 

cop! Pesanan penaja : Jemput singgah blog CikNa untuk dapatkan promosi hebat produk penjagaan diri dan kesihatan! Pasti best! Promosi di HUSNA Beauty Collection

Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

Saturday, December 22, 2012

Officially Cik Na mula menulis lagi!

21 Disember 2012. Tarikh keramat tu. Hari ini CikNa officially dah 21 tahun. Tiba-tiba rasa macam cantik je tarikh lahir CikNa tahun ni. hehe.. Sebenarnya hari ni CikNa happy sangat sebab dah boleh mula menulis balik. Dulu-dulu CikNa memang dah ada blog peribadi macam ni, tapi disebabkan CikNa tak puas hati dengan design sendiri blog tu. CikNa delete blog. Ada ke patut kan? Buat rugi je yang dah tulis selama ni. Tapi takpe, itu sejarah dulu, CikNa yang dulu lain taw dengan CikNa yang sekarang. Lain macam mana? Kalau sapa pernah jengok blog 'bilacegunamerapu' dulu dia tau lah kot. Lupakan kisah zaman tak matured dulu. Kita berkenalan dengan CikNa yang baru. Takdelah baru sangat pon, still dengan perangai yang gila-gila dan happy go lucky!

Tapi sebelum tu, CikNa nak ucapkan ribuan terima kasih dekat adik CikNa yang dah tolong cantikkan blog akak dia ni. CikNa malas nak godek-godek kod ni, so, alang-alang dia minat CikNa suruh la. Tak kejam kan? Kalau korang nak kenal dengan dia jemputla singgah "Ini Belog Istana Merah Jambu" yer. Cantik blog dia. Pinky gitu. Tu yang kakak dia pon jadi CikNa pinky. Nanti CikNa ada duit lebih, nak suruh lah sape-sape yang boleh design blog cantik-cantik kasi nampak matured sikit sesuai dengan umur CikNa kan? 


adik CikNa punye ^ ^

Tentang diri CikNa untuk mula-mula ni CikNa nak bagi tahu la yang CikNa ni bakal guru. InsyaAllah dua tahun lagi dari tarikh hari ni. Lagi satu, CikNa pon bussinesswoman taw! Nanti rajin-rajin jenguk "HUSNA Beuty Collection" yang CikNa punye ni taw. Produk CikNa jual ni semua best-best dan semestinya banyak yang CikNa dah try. Nanti jenguk lah ye.. Sekarang pon tengah ada promosi sempena birthday CikNa sampai 21 Januari 2013..(^__^) 

Ni je dulu untuk post pertama ni. Untuk pengetahuan, blog ni under construction lagi taw. Sebab tu lah banyak benda lagi takde. Nanti follow lah ye. Kita share-share kisah hidup kita. Banyak CikNa nak cerita especially pasal kehidupan CikNa dengan family, kawan, cikgu-cikgu, bakal murid dan of coz pasal bisnes CikNa yang tengah mula nak berkembang! Stay tuned ok? Salam perkenalan.



Every succesful person has a painful story..
Every painful story has a succesful ending..
Accept the pain and get ready for SUCCESS!



All Copyright@ Eksplorasi Hati (cik-na.blogspot.com)