Sunday, December 23, 2012

Bertubi-tubi..Bertimpa-timpa!!


Hye semua! CikNa dah tak sabar nak tulis apa yang CikNa dapat bertimpa-timpa, bertubi-tubi hari ni. Tak sangka, tetamu bawa tuah. hehe.. Tak sia-sia la semalam terkejut dapat tahu ada orang nak datang. Last minit pun last minit la. Janji happy! Dah dua hari birthday CikNa berlalu, promosi ulang tahun CikNa pon baru je tengah suam-suam, dah nak dapat hadiah best. Eh, best sangat ke? Bagi CikNa best la sebab memang jarang pon dapat hadiah ke kek ke waktu birthday dari zaman sekolah sampai lah dah besar panjang. Nak buat macam mana, ulang tahun musim cuti sekolah panjang. Terima je lah.. 


First kejutan dari tetamu istimewa ni, CikNa nak ucapkan terima kasih sangat-sangat ye. Selepas tiga tahun, dapat jugak merasa kek pakcik ni bawak lagi untuk CikNa. Kecik ke besar ke mahal ke murah ke, itu belakang kira. Yang penting ikhlas! Erk, ikhlas ke pakcik? hehe.. Dapat makan kek blueberry pagi-pagi hari best jugak. Rezeki.. Pakcik ni memang baik hati pon. Suka la buat surprise-surprise ni tapi kadang-kadang banyak terkantoi jugak la. Well, ni CikNa ok? Bukan payah pon korek rahsia. Memang CikNa terharu sangat untuk kejutan ni. Sorry la wat muka tadi. Saje gurau-gurau. Eratkan silaturrahim katakan.. (^__^) Lain kali bagi lah lagi ye. CikNa memang tak pernah la buat kejutan birthday pakcik ni. Kejam kan? 


kek ni la CikNa dapat. nampak sedap kan? 


Tengah elok-elok CikNa borak-borak, uncle posmen datang. Ada surat untuk CikNa lor.. It's a birthday card! Tengok alamat pos dari Penang. Entah sape la ek? What a surprise! Classmate CikNa pon buat surprise. Hebat la. Kawan CikNa ni memang baik hati, suka tolong orang, rajin tak usah cakap la, pendek kata lulus semua segi nak buat suami. Rekomen ni.. Sape-sape nak, komen cepat. Dia ni pon memang la suka support CikNa. Senang tengok, dia lah first follower blog usang CikNa ni. hehe.. Amacam? Cukup supportive tak? Cepat isi borang!haha.. Sayangnya impian dia nak kad tu sampai hari birthday atau sebelum birthday dah tukar jadi selepas birthday. Terima kasih banyak kawan! 




kad dari my classmate! mekaseh acap!


hantar pakcik tetamu pulang..;)


Lepas semua dah selesai, tetamu pon dah balik, CikNa siap-siap cepat terus keluar setel urusan mak dan buat postage lagi! Of coz postage produk-produk yang CikNa jual. Nak tahu produk ape? Klik la HUSNA Beauty Collection. Alang-alang tengah promosi baik cop cepat-cepat! Oh ye, CikNa ada la join peraduan di Pos Malaysia ni, untung-untung dapat Pesona sebuah. Doakan la dapat ye! Boleh buat jalan-jalan.. hihi.. Okeylah, CikNa tinggalkan Bicara Hati CikNa ni dulu. Teruskan kesetiaan anda di sini yer!


Pesanan penaja : Join promosi hebat HUSNA Beauty Collection segera. InsyaAllah, sejumlah hasil keuntungan nanti, CikNa akan hantarkan ke tabung Gaza. Jom membeli sambil menderma. (^__^)




Sahabat yang baik apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya menambahkan takut kepada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan ALLAH.





No comments:

Post a Comment

All Copyright@ Eksplorasi Hati (cik-na.blogspot.com)