Wednesday, January 9, 2013

Komitmen vs Tanggungjawab


Salam sayang semua pengunjung Bicara Hati CikNa ni. (bajet ramai je baca. ahakz!). Straight to the point. Antara komitmen dengan tanggungjawab yang mana agak-agak datang dulu? Personally, CikNa memang more towards responsibility atau tanggungjawab tu. Kalau belum ada rasa tanggungjawab tu, macam mana nak ada komitmen pada tugas tu. Nak dijadikan cerita, one of my habit is to observe people. Bagi CikNa banyak benda boleh belajar bila perhatikan orang. Tapi ambil pengajaran la dari setiap kejadian bukan hanya perhati dengan pandangan kosong. Rugilah! Sepanjang dengan hobi tak seberapa ni, CikNa perhatikan ramai lupa tentang tanggungjawab  dan mungkin tanpa disedari ia termasuk CikNa sendiri. Sibuk bercerita tentang komitmen dan penglibatan tapi pernah tak kaitkan komitmen dengan tanggungjawab?



Responsibility : The ability to choose your response



CikNa bukan apa, banyak kejadian hari ni babitkan tanggungjawab dan komitmen. Seriusly, CikNa cukup pantang bab ni. I have my right when i decided to join anything that I want. Bila orang dah tak percayakan kita dan buat endah tak endah dengan kehadiran kita, memang tak salah kan kalau nak terus keluar dari kelompok mereka. Ya, okey mungkin salah diri sendiri juga sebab tak cuba join. What about no news sampai pada kita? Macam mana nak tahu kalau sebaran hanya dalam kelompok sendiri? Ni lah masalahnya. CikNa memang angin sikit malam ni. Sebab banyak benda berlaku dan dah lama pendam kot.. Sudah..cukup..cukup.. sudah... Cukup sampai di sini sahaja. Maybe CikNa akan buat satu keputusan lain. Well, I'm not as good as all of you. But one thing that make me sad. Kalau dah sesama orang terdekat pon taknak bawa sama-sama dalam perjuangan. Macam mana nak expect others yang entah sapa-sapa.


Maaflah entry kali ni agak kasar. Coz i really need a place untuk luahkan semua ni. Fortunately, bila CikNa fikirkan suasana dalam kelas sejak dua menjak ni memang boleh tersenyum memanjang. Love all my classmates! Diaorang sangat havoc sekarang. Baru happening. The real CikNa can only be seen in the class! Sekali lagi, pesanan untuk korang dan peringatan buat CikNa sendiri. Jalankan tanggungjawab bukan sahaja dalam jawatan tapi juga sebagai seorang muslim. Then, commit with it! Out dulu. Tengah cuba ceria untuk esok.


We cannot force people to LIKE us. It's their choice but HEY! Don't let them ruined your confidence. Stood up high, and walk like a KING because you are not a copy but ORIGINAL! chill!

Friday, January 4, 2013

Jangan sedih! Senyum!

Dah 2 3 hari tak conteng Bicara Hati CikNa ni jadi rindu tetiba pulak. Satu sebab rindu. Satu lagi sebab rasa berkecamuk sikit tetiba petang ni. CikNa tulis sebab rasa kat sini lah tempat nak luahkan semua. Blog ini blog peribadi jadi i'm free to write anything selagi tak menyentuh isu sensitif kan? Tak kisah la ada yang baca atau tidak. 

Hari-hari kalau boleh nak senyum je selalu sebab nak bagi awet muda. Tak kisah lah senyum kambing ke senyum itik ke, janji senyuman ikhlas tulus dari hati. Tapi kalau dah perasaan tak tentu dan berkecamuk macam sekarang ni boleh senyum ke? Nak buat apa pon tak jalan. Bisnes pon tak boleh nak maju kalau hati tak gembira. Bila fikir-fikir balik. CikNa punya masalah takdelah berat mana pon, mainan perasaan sendiri je. Dah diri sendiri cari pasal, diri sendiri tanggung la kan? Kalau dulu benda sama jadi, boleh hadapi boleh tahan je. Kenapa sekarang nak moody semacam ni CikNa oi! Aish, tak boleh jadi ni. Makin tua, makin sensitif. Oh No! Apa yang jadi pada CikNa sampai tak betul dah ni? Ni lah kesannya kalau salah faham. Zaman budak-budak suka sangat main taip-taip mesej. Ehem, dapat pegang handset lah katakan. Tapi dah tua-tua ni demand lebih la plak. Seriusly, banyak benda jadi sebab salah faham dalam text mesej dalam handphone tu. Semalam rumate CikNa sendiri pon alami benda sama bila kawan text dia nak cakap beli 2 (dua) nasi goreng, tapi dibaca sebagai "tu". Tak pasal-pasal tak cukup makanan. Macam mana pulak dengan kes salah nada dalam baca mesej? Korag pernah kena tak? Tak pasal-pasal gaduh dengan si penghantar tu. 

CikNa ni memang la banyak kekurangan. Bukan semua suka pon. Orang paling rapat, paling dekat di hati pon dah pergi jauh dari hidup. Takpelah, Allah tak pernah jauh. Sebab tu kalau rasa sedih, sunyi cari Allah ok? CikNa nak jadi wanita yang serba boleh dan selalu ingat Allah. Cuba untuk tak jadi panas baran selepas apa yang terjadi. InsyaAllah. Boleh kot? Kena ada support kawan-kawan la. Orang lain dah tak boleh nak support. CikNa titipkan doa untuk yang pernah bersama suka duka dengan CikNa semoga sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t.

Okeylah. CikNa nak siap-siap keluar makan. Nanti tak pasal-pasal muntah, sakit kepala lagi. Hidup sorang susah. Tunggu Encik Husband lambat lagi la jawabnya kalau dah calon pon tak tahu la berjodoh ke tak. Ops! tak nak sedih dah. Semoga bahagia!

Senyum sokmo!



berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia
sedekahkanlah senyuman walau hati tak lagi mampu bertahan 
belajarlah memaafkan walau diri terluka.
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran.
hiduplah dalam iman walau harimu dipenuhi ujian.
berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan.
bukti kasih-Nya kita wujud di dunia pinjaman ini.
ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengaku beriman kepada-Nya.

Tuesday, January 1, 2013

1...2..3..Angkat!


Alhamdulillah.. Akhirnya hari yang ditakuti berjaya juga diharungi dengan jayanya! Dengan hanya 1..2..3.. Angkat! Everything setel. Bermula jam 8.00 pagi hingga ke malam. Baru rupa bilik kediaman kelihatan tersusun elok. Maaf tak selitkan gambar untuk keadaan bilik sebelum. Segan barang melampau! (^__^)

ruangan meja yang siap disusun. Simple je.;)
*stok Catalyst_Naturesville_Perfume Secret Scents tak lupa!


CikNa actually nak share apa yang CikNa dapat belajar sepanjang hari ni.. Hari angkut barang dari blok atas bukit ke blok bawah bukit sedunia!

Bila kita dalam kesusahan baru kita tahu sekuat mana kita. CikNa tak maksudkan kekuatan fizikal semata-mata tapi juga mental dan emosi terutamanya. Kenapa emosi? Ye la.. Kalau emosi tak kuat, tak mustahil akan berlaku rusuhan atau untuk lagi dekat dengan kita, mengamuk la sebab tak puas hati kan. Nak cakap pula soal keadilan memang tak sudah kan. Peraturan yang diciptakan manusia takkan sempurna seperti peraturan dari Allah s.w.t. Itulah hakikat kehidupan kita ni. CikNa bukan nak kata CikNa pandai sangat tapi kadang-kadang dalam kita merancang sesuatu kita perlu pandang ke hadapan dan cuba letakkan diri kita di tempat bakal pengikut peraturan tersebut. CikNa tak tuju kat siapa-siapa tapi untuk peringatan diri sendiri jugak. Yela, sekarang kita yang menerima dan merungut. Siapa tahu, esok lusa, kita yang buat orang merungut dan susah dengan tindakan kita. Nauzubillah.. Banyak pengajaran CikNa dapat sepanjang hari ni. Bohong la kalau CikNa tak naik angin jugak kan. CikNa pun manusia biasa yang kadang-kadang tak mampu terima kesusahan itu sebagai ujian. Cuma satu CikNa pegang, bila kita rasa, kita lah paling teruk hadapi kesukaran, lihat dibwah, masih ramai lagi yang lebih teruk mengalami kesusahan yang kita ada. Pesanan CikNa untuk semua ni taw! Suka? Boleh la amalkan. Sejahtera hidup dunia akhirat. Aminn..


Dan apa yang CikNa perasan jugak, bila kita susah juga kita boleh tahu mana satu kawan mana satu sahabat. Alhamdulillah, Allah hadiahkan CikNa sahabat yang selalu ada dalam susah senang. Dalam CikNa hadapi saat sukar untuk turun naik bukit tadi untuk angkut barang ke bilik baru, kawan-kawan CikNa sanggup tolong juga sama-sama untuk selesaikan semua kesengsaraan ini. A big thanks to Salmi, Farhah dan Aizuddin yang tak pernah henti angkut barang-barang berat kami. Lain kali boleh mintak tolong lagi ek? CikNa memang suka berkawan. Tak kisahlah orang tu macam mana pun tapi janganlah sampai tak tahu bezakan mana yang patut dan mana yang tak patut kan? Memang CikNa garang dan cepat marah tapi cepat sejuk jugak taw! So, bila CikNa marah tu, cepat pujuk! (ops, takmalu!).  Ni semua kenangan untuk CikNa nanti. Lagi dua tahun je nak bersama-sama hadapi susah senang angkut barang sendiri yang berkilo-kilo. Aneh! Barang apa la yang banyak sangat kan? Perempuan..inilah. Semua nak cukup lengkap. Tapi bagus apa kan? Tak payah pinjam-pinjam da. CikNa suka macam tu. Selain family, kawan-kawan la yang selalu ada dengan kita. Kalau kita tak berkawan baik, dengan siapa lagi kita nak berkongsi suka duka kan? Kadang-kadang ada benda yang parents tak tahu, tapi kawan-kawan kita tahu. Betul tak? 1..2..3.. Angkat tangan! (^___^)



1..2...3.. Angkat!


Ayat keramat ni lah yang berjaya bagi kekuatan untuk CikNa angkat semua barang hari ni. Sorry yer. Memang berkisar hal angkat barang la hari ni sebab kepenatan ni tak tahu nak story kat siapa. Nak talk to talk dengan pakcik tu pon sibuk. Takpelah. Ni kan Bicara Hati CikNa. So this is the place!

Buat korang yang ada terbaca post ni, ingat taw. Lain kali, kalau nak buat pape keputusan pun, fikir sedalamnya. Buat pakcik-pakcik yang dah ada anak, cuba bayangkan kesannya bila anak anda kena buat semua ni tanpa satu alasan kukuh. Pada pandangan CikNa sepanjang hari ni, parents kebanyakannya tak puas hati dan sangat kasihan tengok anak-anak mereka. CikNa pon kesian jugak tapi kat diri sendiri! Anyway, benda dah berlalu. CikNa di bilik baru dengan semangat baru di tahun baru! Oh yeaaahhh~~

Okeyla, CikNa penat dan ngantuk sangat-sangat dah. Esok nak shopping lak! Untung-untung dapat kasut baru. Love it! 





Pesanan penaja : Nikmati promosi hebat HUSNA Beauty Collection segera. InsyaAllah, sejumlah hasil keuntungan nanti, CikNa akan hantarkan ke tabung Gaza. Jom membeli sambil menderma. (^__^)


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"



All Copyright@ Eksplorasi Hati (cik-na.blogspot.com)