Friday, January 4, 2013

Jangan sedih! Senyum!

Dah 2 3 hari tak conteng Bicara Hati CikNa ni jadi rindu tetiba pulak. Satu sebab rindu. Satu lagi sebab rasa berkecamuk sikit tetiba petang ni. CikNa tulis sebab rasa kat sini lah tempat nak luahkan semua. Blog ini blog peribadi jadi i'm free to write anything selagi tak menyentuh isu sensitif kan? Tak kisah la ada yang baca atau tidak. 

Hari-hari kalau boleh nak senyum je selalu sebab nak bagi awet muda. Tak kisah lah senyum kambing ke senyum itik ke, janji senyuman ikhlas tulus dari hati. Tapi kalau dah perasaan tak tentu dan berkecamuk macam sekarang ni boleh senyum ke? Nak buat apa pon tak jalan. Bisnes pon tak boleh nak maju kalau hati tak gembira. Bila fikir-fikir balik. CikNa punya masalah takdelah berat mana pon, mainan perasaan sendiri je. Dah diri sendiri cari pasal, diri sendiri tanggung la kan? Kalau dulu benda sama jadi, boleh hadapi boleh tahan je. Kenapa sekarang nak moody semacam ni CikNa oi! Aish, tak boleh jadi ni. Makin tua, makin sensitif. Oh No! Apa yang jadi pada CikNa sampai tak betul dah ni? Ni lah kesannya kalau salah faham. Zaman budak-budak suka sangat main taip-taip mesej. Ehem, dapat pegang handset lah katakan. Tapi dah tua-tua ni demand lebih la plak. Seriusly, banyak benda jadi sebab salah faham dalam text mesej dalam handphone tu. Semalam rumate CikNa sendiri pon alami benda sama bila kawan text dia nak cakap beli 2 (dua) nasi goreng, tapi dibaca sebagai "tu". Tak pasal-pasal tak cukup makanan. Macam mana pulak dengan kes salah nada dalam baca mesej? Korag pernah kena tak? Tak pasal-pasal gaduh dengan si penghantar tu. 

CikNa ni memang la banyak kekurangan. Bukan semua suka pon. Orang paling rapat, paling dekat di hati pon dah pergi jauh dari hidup. Takpelah, Allah tak pernah jauh. Sebab tu kalau rasa sedih, sunyi cari Allah ok? CikNa nak jadi wanita yang serba boleh dan selalu ingat Allah. Cuba untuk tak jadi panas baran selepas apa yang terjadi. InsyaAllah. Boleh kot? Kena ada support kawan-kawan la. Orang lain dah tak boleh nak support. CikNa titipkan doa untuk yang pernah bersama suka duka dengan CikNa semoga sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t.

Okeylah. CikNa nak siap-siap keluar makan. Nanti tak pasal-pasal muntah, sakit kepala lagi. Hidup sorang susah. Tunggu Encik Husband lambat lagi la jawabnya kalau dah calon pon tak tahu la berjodoh ke tak. Ops! tak nak sedih dah. Semoga bahagia!

Senyum sokmo!



berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia
sedekahkanlah senyuman walau hati tak lagi mampu bertahan 
belajarlah memaafkan walau diri terluka.
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran.
hiduplah dalam iman walau harimu dipenuhi ujian.
berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan.
bukti kasih-Nya kita wujud di dunia pinjaman ini.
ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengaku beriman kepada-Nya.

1 comment:

All Copyright@ Eksplorasi Hati (cik-na.blogspot.com)