Saturday, December 22, 2012

Officially Cik Na mula menulis lagi!

21 Disember 2012. Tarikh keramat tu. Hari ini CikNa officially dah 21 tahun. Tiba-tiba rasa macam cantik je tarikh lahir CikNa tahun ni. hehe.. Sebenarnya hari ni CikNa happy sangat sebab dah boleh mula menulis balik. Dulu-dulu CikNa memang dah ada blog peribadi macam ni, tapi disebabkan CikNa tak puas hati dengan design sendiri blog tu. CikNa delete blog. Ada ke patut kan? Buat rugi je yang dah tulis selama ni. Tapi takpe, itu sejarah dulu, CikNa yang dulu lain taw dengan CikNa yang sekarang. Lain macam mana? Kalau sapa pernah jengok blog 'bilacegunamerapu' dulu dia tau lah kot. Lupakan kisah zaman tak matured dulu. Kita berkenalan dengan CikNa yang baru. Takdelah baru sangat pon, still dengan perangai yang gila-gila dan happy go lucky!

Tapi sebelum tu, CikNa nak ucapkan ribuan terima kasih dekat adik CikNa yang dah tolong cantikkan blog akak dia ni. CikNa malas nak godek-godek kod ni, so, alang-alang dia minat CikNa suruh la. Tak kejam kan? Kalau korang nak kenal dengan dia jemputla singgah "Ini Belog Istana Merah Jambu" yer. Cantik blog dia. Pinky gitu. Tu yang kakak dia pon jadi CikNa pinky. Nanti CikNa ada duit lebih, nak suruh lah sape-sape yang boleh design blog cantik-cantik kasi nampak matured sikit sesuai dengan umur CikNa kan? 


adik CikNa punye ^ ^

Tentang diri CikNa untuk mula-mula ni CikNa nak bagi tahu la yang CikNa ni bakal guru. InsyaAllah dua tahun lagi dari tarikh hari ni. Lagi satu, CikNa pon bussinesswoman taw! Nanti rajin-rajin jenguk "HUSNA Beuty Collection" yang CikNa punye ni taw. Produk CikNa jual ni semua best-best dan semestinya banyak yang CikNa dah try. Nanti jenguk lah ye.. Sekarang pon tengah ada promosi sempena birthday CikNa sampai 21 Januari 2013..(^__^) 

Ni je dulu untuk post pertama ni. Untuk pengetahuan, blog ni under construction lagi taw. Sebab tu lah banyak benda lagi takde. Nanti follow lah ye. Kita share-share kisah hidup kita. Banyak CikNa nak cerita especially pasal kehidupan CikNa dengan family, kawan, cikgu-cikgu, bakal murid dan of coz pasal bisnes CikNa yang tengah mula nak berkembang! Stay tuned ok? Salam perkenalan.



Every succesful person has a painful story..
Every painful story has a succesful ending..
Accept the pain and get ready for SUCCESS!



3 comments:

  1. 1st follower...hehe... xdak hadiah ka??
    btw...x sabaq nk baca entry2 hg...kih3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... tggu reward je la yer.. ;)
      mekaseh sudi bce...

      Delete

All Copyright@ Eksplorasi Hati (cik-na.blogspot.com)