Saturday, April 27, 2013

PENGALAMAN VS CABARAN

Alhamdulillah. Allah masih juga beri CikNa kesempatan untuk menulis lagi. Lama meninggalkan laman Bicara Hati ini buat CikNa rasa rindu sangat untuk ceritakan sepanjang ketiadaan CikNa kat sini. Sebulan berlalu.. CikNa dah berjaya selesaikan satu tanggungjawab sebagai bakal guru dengan hadiri praktikum fasa 1 di MGS Penang. MGS? Apa tu? Methodist Girl School my dear..(^__^).. CikNa tak nak komen apa-apa pasal sekolah tu tapi nak cerita pasal pengalaman suka duka di sana. Lain sekolah, lainlah cara pengurusannya kan? So, terpulanglah pada mereka..cuma kalau ada yang tak betul, dan tak patut ikut,kita sebagai muslim ni kena la pandai bawa diri yer!!


bingkisan awal..


Pengalaman memang mengajar kita erti kehidupan dan kedewasaan. Sebulan bergelar guru di sekolah banyak ajar CikNa tentang nikmatnya sebuag kehidupan dan jerih payah perjuangan kita nak jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Tanggungjawab bukan hanya dalam pekerjaan ok, tapi juga sebagai muslim. Kat situ, CikNa dapat belajar tentang pentingnya iman yang kuat. Kalau kita tak berkeras tentang solat dan pemakanan kita, tak mustahil kita juga akan hanyut dengan peraturan yang diciptakan manusia. Apabila kita berada di bawah, segala kuasa tersekat kan? Tapi indahnya Islam ni.. walau taraf hidup kita berbeza tapi pada Allah kita tetap sama. CikNa berdoa dan berharap lepas ni CikNa akan sentiasa lebih sensitif dengan amanah Allah kerana Dia adalah pencipta kita. Dalam kesukaran yang diberikan itu sebenarnya tersembunyi hikmah yang cukup banyak.

Cerita lagi pasal pengalaman kan.. CikNa memang banyak belajar benda baru dalam realiti di sekolah. Bermula dari urusan pentadbiran sampai la sekecil-kecil urusan.. CikNa sempat la conduct senamrobik masa aktiviti merentas desa hari tu. Seriusly, nampak muka excited murid-murid kat situ. Mana taknya, hari-hari kena belajar, hadap buku, buat latihan, modul merata.. ahhh.. CikNa tengok pon stress! Ye la, zaman CikNa dulu rileks-rileks jer.. Pergi sekolah pon main mesti ada. Jumpa kengkawan dan story mory sepanjang masa! opps! maaf ye cikgu-cikgu CikNa dulu.. hehe.. Di sekolah tu memang amat pentingkan akademik. Sukan ni asal ada je la.. Kita boleh tengok perbezaan taw kalau orang yang selalu bersukan dan dapat keseronokan dengan budak yang owes menghadap buku ni..hehe.. Memang CikNa tabik spring la sebab diaorang boleh bertahan dengan keadaan ini! Alang-alang kita dah tengok budak macam stress je, banyak la jugak game yang CikNa bagi kat diaorang. Tapi, bila deal dengan budak pandai ni, cikgu pon boleh stress nak sediakan soalan aras tinggi! Anyway, ini pengalaman yang memang berguna untuk masa depan.

Oh ye, tajuk entry "PENGALAMAN VS CABARAN". Mana cabarannya? Cabaran yang betul-betul kami warga guru pelatih ni memang lah sangat besar di sana. Tapi tak boleh nak story mory lebih la. Cuma, kena behave la in whatever you did! You know what? CCTV merata!! hahaha.. Cabaran terbesar sebagai guru ialah kena buat RPH, ABM setiap kali masuk kelas! Sapa cakap jadi cikgu senang? Meh sini CikNa nak bagi jadi cikgu sebulan pon jadilah.. Cabaran itulah yang mematangkan kita. Pertama kali berpraktikum pon dah banyak benda belajar, next sem 2 bulan lagi.. agak-agak macam mana lah yer? Tapi walau penuh dengan cabaran, ku tahu ku adamu Tuhan! Ingat.. apa pun yang kita lakukan, ikhlaskan hati dan teruskan hanya kerana ALLAH.

Tetiba rasa rindu dekat budak-budak kelas 2 Biru dan 2 Hijau. Hari ni depa semua sekolah. Sekolah ganti!. Harap semua behave la yer. Dah takde cop cikgu nak bagi.. (^___^) oh ye! Satu lagi nak share ni, dalam banyak-banyak benda kat sekolah tu kan.. Yang PALING AMAT SANGAT TERBAIKKKK ialah PAK GUARD!! hahaha.. tiptop punya.. Pakcik yang sangat sporting dan berkaliber. Memang jauh beza dengan yang i4p punya. Musykil jugak.. how come pak guard sekolah lagi matured dan lebih memahami than yang kat ipg sedangkan kat sini diaorang kena deal dengan orang besar. Perlu lebih kajian dan kursus ni! Okeyla.. Nak siapkan buku RPH dan fail sebelum kena hantar minggu depan. Sayang semua pembaca! 
(bajet ada yang baca betol CikNa ni kan?)

Special thanx untuk Kak Ayu (guru pembimbing) yang memang sempoi habis! Terbaikkk~~ 

Minggu akhir ajak bebudak main lontar peluru.. Kira bolehlah~~

ahaaa... bebudak 2 Biru dan Kak Ayu yang terbaikkk~~


Guru yang biasa memberitahu. Guru yang baik memberikan penjelasan. Guru yang bagus memberikan tunjuk ajar. Guru yang terbaik memberikan inspirasi.

1 comment:

  1. pelatih-pelatih guru under mdme liew phaik hoon memang terbaek.MOga lebih success untuk praktikum seterusnya:-)

    ReplyDelete

All Copyright@ Eksplorasi Hati (cik-na.blogspot.com)